title bar

Thursday, February 21, 2013

coretan hati....

pernah hati ini menjadi milikmu
namun cinta kita tiada tiada kesudahannya
umpama mengharap panas ke petang
tetapi hujan di tengah hari...

kenapa perlu di kenang benda yg sudah lepas
sedangkan perkara itu tidak mampu 
diulang kembali
dan diubah walau sedikit pun

biarkan luka itu sembuh sendiri
tidak perlu untuk kita memaksa
kerana kita tak mampu mengubah apa

andai ini kesudahan kisah kita
kenapa kita tak boleh menerima ketentuanNYA
dan masih mencari usaha untuk
mengikat benda yang sudah tiada sambungannya 

percaya pada takdir
sekarang keadaanya berbeza dengan dulu..
andai diri ini boleh menerima keadaan ini
mengapa engkau tidak mahu cuba menerimanya

bukan niat untuk membuang segala kenangan
tetapi jika kenangan itu umpama duri
kita harus membuang duri tersebut
kelak akan mematikan diri sendiri..

percaya
jika kita sememangya ada jodoh
walau ke mana kita melangkah sekarang
walau haluannya berbeza..
pasti kita akan bertemu di satu tempat
untuk ikatan hati kita...
jika tiada,
kita mesti redha.......... ~


Friday, February 15, 2013

Terima Kasih Untuk Rezeki ini...

Assalamualaikum...

hidup mane yang tak pernah bangun dan jatuh,,,
benar kata pepatah,usaha itu tangga kejayaan..
sesiapa yang berusaha pasti berjaya...
itulah harapan aku..
semoga apa yang telah ku usahakan membuahkan hasil.

menaburkan azam yang baru,
diharapkan usaha yang gigih
semangat yang takkan luntur
keinginan yang mendalam...
aku akan terus berusaha..

walaupun rezeki pada hari ini tidak lah sehebat bulan lepas,
ianya sudah memadai apabila ianya sehebat semalam
dan hari2 yang lepas..
dan moga rezeki ini semakin bertambah untuk hari2 yang akan datang...

ALHAMDULILAH...